Kepentingan Pengasingan Sisa Pepejal Di Rumah Anda
Sisa pepejal boleh ditakrifkan sebagai produk berbentuk pepejal yang tidak berguna dan tidak diingini yang dihasilkan daripada aktiviti pembuangan oleh manusia. Pada masa ini, lebih 23,000 tan sisa telah dihasilkan setiap hari di Malaysia. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat sehingga 30,000 tan pada tahun 2020. Pertambahan bilangan penduduk dan pembangunan menyebabkan jumlah sisa ini kian bertambah, Daripada jumlah tersebut, hanya sebanyak 5 % sahaja sisa yang dapat dikitar semula. Pengasingan sisa pepejal isi rumah dapat membantu kerajaan mencapai sasaran peratusan sisa yang dikitar semula kepada 22 % pada tahun 2020.
Kerajaan telah mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis sejak 1 September tahun 2015. Pelaksanaan itu menyaksikan orang ramai perlu mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis, iaitu bahan yang boleh dikitar semula, seperti kertas, plastik, kaca dan tin, yang akan dikutip pada hari tertentu setiap minggu. Bagi bahan yang tidak boleh dikitar semula pula, seperti sisa makanan dan sisa pukal dikutip berdasarkan hari kutipan biasa oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Namun begitu, masih ramai masyarakat yang gagal mematuhi undang-undang yang termaktub dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) ini.
Di Malaysia, kebanyakan kaedah pelupusan sisa pepejal yang digunakan ialah kaedah tapak pelupusan terbuka (open landfill), iaitu semua sisa pepejal yang diangkut dari isi rumah akan dilupuskan di tapak ini. Kaedah ini memerlukan penggunaan tanah dan kawasan yang luas bagi menampung kapasiti sisa yang kian meningkat. Pertambahan sisa pepejal di tapak pelupusan boleh menyumbang kepada kesan rumah hijau. Menurut kajian, tapak pelupusan sampah mengandungi lebih kurang 50% gas metana, yang boleh menyumbang 2% hingga 4% daripada jumlah kesan rumah hijau global apabila dilepaskan ke atmosfera. Dengan pengasingan sisa pepejal isi rumah ini, ia dapat menambahkan jangka hayat tapak pelupusan dan mengurangkan pelepasan gas metana.
Selain itu, pengasingan sisa pepejal isi rumah dapat meningkatkan kadar kitar semula. Bahan seperti plastik, tin dan kaca boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan baru. Dengan menggunakan semula bahan-bahan ini, kos pengeluaran produk baru dapat dikurangkan. Penggunaan bahan mentah dan sumber semula jadi juga dapat dikurangkan. Jangka hayat plastik sangat lama, contohnya botol plastik PET memakan masa selama 450 tahun untuk dilupuskan. Pengasingan bahan ini dapat mengurangkan jumlah plastik di tapak pelupusan. Oleh itu, tapak pelupusan boleh menyediakan lebih banyak ruang kepada sisa pepejal yang boleh dibiodegredasi.
Dari segi kesihatan awam pula, pengasingan sisa isi rumah juga dapat mengurangkan risiko pencemaran dan ancaman kesihatan. Percampuran bahan elektronik, seperti bateri serta bahan kimia, seperti cat dan aerosol ke dalam satu tempat yang sama sangat berbahaya, terutamanya bagi bahan yang mempunyai kandungan kimia yang mudah meruap. Bahan-bahan ini hendaklah diletakkan ke dalam bekas atau plastik sampah yang sesuai.
Masyarakat perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan. Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga perlu sentiasa prihatin terhadap situasi komuniti dalam melaksanakan akta ini. Contohnya, kerajaan perlu memastikan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan SWCorp menyediakan tong sampah yang mencukupi dan bersesuaian, jadual pengutipan yang lebih kerap dan lokasi pengutipan yang mudah dan sesuai. Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar pelaksanaan dasar pengasingan sisa pepejal isi rumah ini dapat dijalankan dengan jayanya.