
Beliau berkata, mata pelajaran berkenaan akan diajar di peringkat sekolah rendah dan menengah selain diperkenalkan pada peringkat prasekolah dalam bentuk penerapan nilai-nilai murni.
“Kita tiada subjek khusus seperti antirasuah tetapi apa yang kita akan lakukan adalah kita akan memasukkannya sebagai salah satu tajuk dalam mata pelajaran sivik, yang kita akan perkenalkan semula.
“Bermula tahun depan kita akan mula mengkaji mata pelajaran tersebut. Subjek ini bukan sebagai subjek wajib lulus tetapi subjek yang wajib untuk dipelajari,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Forum Permuafakatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bersama Kementerian Peringkat Kebangsaan 2018 di sini hari ini.