-->

Type something and hit enter

Translate


On

Ramai diantara kita mempunyai parut dan susah untuk hilang kan? Jangan risau kami ada cara yang paling efektif yang korang boleh cuba dimana-mana sahaja.Guna bahan-bahan semulajadi jer. Nak tahu? Jom lihat satu persatu apa cara-caranya dekat bawah ni okay! Selamat mencuba ya.

Cara Paling Berkesan Untuk Hilangkan Parut Pada Wajah

1. Lemon
Korang ambil satu biji lemon dan potong kepada dua bahagian. Sapu lemon dekat parut dan picit hingga keluar jusnya.

Kenapa lemon? Lemon berfungsi sebagai peluntur semula jadi dan sangat efektif sebagai bahan untuk hilangkan kesan parut. Kalau korang nak lagi bagus dan berkesan, minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari.

2. Minyak Roseship Seed
Titis minyak pada jari dan urut di bahagian parut. Korang kena buat 2 kali sehari.

3. Kiub Ais
Ya, ais memang banyak maanfat untuk mencantikkan kulit muka. Ambil satu kiub ais dan sapukan pada parut.

4. Daun Aloe Vera
Dalam erti kata lain iaitu lidah buaya. Korang potong daun lidah buaya dan picit hingga keluar cecair dan sapu pada parut.

5. Madu
Sapukan madu pada parut

6. Serbuk Sandalwood
Pastikan campur sedikit air mawar atau susu pada serbuk sandalwood.Kemudian sapu pada parut. Biar selama 1 jam dan bilas.

7. Kentang
Hiris kentang yang belum di masak dan sapu pada parut

8. Minyak Kelapa
Minyak kelapa juga berkesan untuk hilangkan parut , sapu pada parut untuk hilang dengan cepat.

9. Minyak Zaitun
Korang ambik minyak zaitun dan sapu pada kesan parut setiap hari untuk lebih cepat hilang

10. Timun
Hiris timun dan picitkan hingga keluar jus dan sapu pada parut

11. Tomato
Hiris tomato dan letak di bahagian yang berparut

Eh tu je ke? Ya, hanya guna bahan semulajadi sahaja, tanpa bahan kimia dan tidak berbahaya. Kos yang diperlukan juga murah dan tidak perlu sampai berhabis wang untuk pelbagai jenis produk hilangkan parut, ya tak? Belum cuba belum tahu.
Back to Top