-->

Type something and hit enter

Translate


On
DI ASIA mungkin ramai yang susuk tubun badan yang agak rendah berbanding dengan di eropah yang memiliki tubuh badan yang sangat ideal dan menarik. Memiliki badan tinggi dan juga berat badan yang ideal menjadi idaman semua orang baik lelaki mahupun wanita. Buat lelaki, badan tinggi menggambarkan lelaki itu lebih menarik dan membuatkan wanita terpesona melihat ketinggian yang dimiliki dan wanita sangat menyukainya.

Namun sayang tidak semua lelaki di lahirkan dengan bentuk badan yang tinggi,hal ini dikerana faktor gen keturunan.

Tapi meskipun demikian bukan bererti mereka tidak boleh menambah ketinggian lagi, saat ini sudah ada beberapa alat dan ubat untuk menambah ketinggian yang di jual di pasaran,termasuk alat meluruskan tulang.

Sebahagian dari mereka berhasil dengan kegigihan dan juga nasihat yang di syorkan malah sebahagiannya merasa kecewa kerana kurang kepercayaan diri. Sebenarnya apa yang membuat anda berhasil dalam satu usaha adalah rasa percaya diri,itu yang harus anda pupuk terlebih dahulu,jika anda tidak percaya diri apa jua usaha pun tidak akan menjadi.

Begitu juga dengan tips yang akan kami kongsikan ini,percayalah dengan diri anda yakin bahawa tinggi badan mampu mempengaruhi penampilan ,hubungan cinta, serta pekerjaan.

Badan pendek bukan bererti tidak berjaya dalam hidup cuma memiliki badan tinggi anda akan lebih nampak menarik dan tidak di pandang rendah oleh orang lain.

5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Mendapatkan Tinggi Badan Secara Semula Jadi

Berenang
Berenang adalah salah satu jenis sukan yang di anjurkan setiap doktor kesihatan bagi yang bertanya sukan yang sesuai untuk menambah tinggi badan,sukan ini juga sangat baik pada remaja yang masih dalam tahap pertumbuhan,selain dari mamfaat untuk menambah tinggi badan berenang juga sangat baik untuk kesihatan.

Melompat
Melompat adalah salah satu jenis aktiviti sukan atlet yang sangat baik untuk menambah tinggi badan secara semula jadi, dengan aktif melakukan lompatan kurang kurang 2 kali dalam masa 24 jam otot kaki akan dirangsang dan pada akhirnya dapat membuat tubuh menjadi lebih tinggi.

Streching
streching juga merupakan senaman untuk menambah tinggi badan yang selalu di anjurkan doktor,lakukan perkara ini setiap anda bangun tidur kemudian lanjutkan dengan minum susu yang kaya dengan kandungan kalsium,biasakan juga Streching ketika hendak tidur.

Tidur didalam posisi yang betul
Posisi tidur juga mempunyai peranan yang cukup penting dalam hal untuk meninggikan badan, memang nampak mudah namun ini sangat membantu.

Untuk posisi tidur yang baik untuk menambah tinggi badan adalah dimana kepala menatap ke atas dan kaki di luruskan serta bantal yang berukuran cukup tinggi,pendek kata badan dengan kepala jangan sama rata.

Nutrisi dalam badan
Hal yang terakhir yang harus anda lakukan adalah menjaga pemakanan secara sihat,makanan yang baik untuk pertumbuhan tubuh,seperti susu,buah,sayur,ayam,daging,pati dan biji bijian,telur Hvermut,coral calsium (kerang laut) bukan jenis makanan lain tidak baik cuma makanan yang di tulis mempunyai sumber yang baik untuk pertumbuhan tulang yang menambah tinggi badan.

Demikian tips singkat untuk menambah tinggi badan secara semulajadi dan juga cepat,amalkan kelima langkah ini dengan teratur.
Back to Top