Semakan Permohonan Kemasukan Ke UPSI Februari 2018 Secara Online –
Makluman kepada pelajar lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang
berminat untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Awam
(UA). Permohonan kemasukan UPSI ke program
Ijazah Sarjana Muda sesi Februari 2018 untuk Lepasan STPM/ Setaraf akan di buka bermula dari
9 Oktober 2017 (Isnin) selepas jam 500 petang.
Untuk
makluman, sebanyak 28 program Ijazah Sarjana Muda ditawarkan untuk sesi
kemasukan Februari 2018 bagi Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma
UA /DIPLOMA US/ DVM / DKM / DLKM dan setaraf.
Semakan Permohonan Kemasukan Ke UPSI Februari 2018
Permohonan UPSI Online Sesi Februari
Berikut adalah maklumat penting berkaitan dengan Permohonan Kemasukan ke UPSI sesi Februari 2018.
Tarikh Permohonan Dibuka : 9 Oktober 2017 selepas jam 5.00 petang
Tarikh Permohonan Ditutup : 3 November 2017
Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda
Universiti
ini menawarkan kemasukan kepada lepasan STPM (atau setaraf); STAM(atau
setaraf); Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (atau setaraf);
Diploma (atau setaraf) melalui pengajian selama 8 semester (4 tahun)
bagi mereka yang memenuhi syarat seperti yang ditetapkan (
baca syarat di pautan yang disediakan di bawah):
Program Pengajian Yang Ditawarkan
Program-program pengajian yang ditawarkan bagi sesi kemasukan UPSI Februari 2018 boleh dirujuk
DI SINI .
Cara Membuat Permohonan
Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Laman Web UPSI (
http://www.upsi.edu.my/online) bagi ambilan Februari. Pelajar-pelajar dikehendaki membeli
BITARA ID IJAZAH (kata laluan) daripada Bank Simpanan National (BSN).
Maklumat Lanjut
Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi Tel : +605 – 450 6000 Emel
: ccd@upsi.edu.my atau Hotline : +605 – 450 6660/ 6661 Unit Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik, Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul
Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim
Perak.