-->

Type something and hit enter

Translate


On
 Kehidupan berumah tangga sememangnya penuh dengan pelbagai cabaran. Ada ketika perhubungan rumah tangga itu sangat bahagia dan ada ketikanya juga terjadi perbalahan dan perbezaan pendapat.  Semua ini adalah asam garam yang perlu dilalui sebelum mencapai kebahagian yang diimpikan.




Namun, jika berlaku perbezaan pendapat dan perbalahan rumah tangga bukan mudah untuk selesaikan kerana masing-masing cuba menegakkan benang yang basah. Berikut merupakan sedikit tips untuk menangani perbalahan dan perbezaan pendapat dengan pasangan anda.



# Belajar Tenang Tanpa Meninggikan Suara

Kebiasaanya, individu yang sedang marah berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Disebabkan itulah pasangan anda  bebas bercakap dan bertindak sesuka hatinya. Oleh itu sudah menjadi peranan anda untuk bersikap tenang dan mengawal keadaan agar tidak terlalu tegang. Cuba belajar untuk tidak meninggikan suara meskipun anda berang dengan sikapnya yang keterlaluan. Bayangkan sekiranya anda dan dia sama-sama bersuara lantang maka sudah tentu apa  yang dikatakan pun sukar difahami.



Dengan bersikap lebih tenang akan dapat  menjernihkan keadaan lagipun lama kelamaan pasangan pasti kembali ke keadaan yang asal. Ketika itulah anda ambil peluang untuk berbincang semula mengenai pendapat anda terhadap topik yang diutarakan.



# Jangan Ungkit Kelemahan Pasangan Anda

Jika berlakunya perbalahan dan perbezaan pendapat sering kali anda atau pasangan anda secara tidak sengaja mengeluarkan perkataan yang tidak berapa enak untuk didengar. Keadaan ini akan menyebabkan anda atau pasangan anda berasa kecil hati.
Oleh itu, bagi anda yang berada pada situasi ini, banyakkan bersabar dan jangan sekali-sekala mengukit kelemahan yang ada pasangan anda tersebut. Jika setiap pasangan mengukit kelemahan pasangan ianya hanya mengeruhkan lagi keadaan sekali gus mencipta suasana perang dingin dalam rumah tangga.



# Jujur Mengaku Kesalahan

Apabila berlakunya salah faham maka mulalah masing-masing bersikap salah menyalahkan. Kedua sukar untuk mengaku kesalahan lantaran ego yang terlalu tinggi.

Sikap berlumba untuk menjadi juara akhirnya menyusahkan sahaja. Sebaliknya, hindarilah ia dan belajarlah untuk berlaku jujur. Anda tidak hilang harga diri hanya dengan bercakap benar sebaliknya lebih dihormati dan disegani. Tidak cukup dengan itu masalah yang berlaku pun cepat diselesaikan.

Back to Top