-->

Type something and hit enter

Translate


On
BUAT pertama kali, Jepun telah mencipta satu teknologi bagi memudahkan pasangan yang baru berkahwin yang menggunakan Ujian Ultrasound dan merupakan sesuatu yang luar biasa bagi ibubapa untuk mengambil cetakan hitam putih gambar janin anak mereka.

Tetapi perkembangan pesat teknologi pada zaman kini mewujudkan satu teknologi baru iaitu percetakan 3D janin bayi bertujuan untuk memberikan ibu bapa pandangan yang lebih jelas mengenai bayi mereka.

Sebuah klinik di Jepun menawarkan untuk mencetak model janin dari dalam perut wanita yang sedang hamil dalam bentuk 3D. Kecanggihan teknologi baru ini memberi mereka satu salinan untuk dibawa pulang sebagai memori bukti kehamilan mereka. Juruteknik menggunakan imbasan MRI dan teknologi yang dipanggil model Bio-tekstur, yang menukarkan data MRI ke dalam imej 3-D.
Purata wanita di Jepun mengandung semakin meningkat dan kebiasaannya pasangan berusia 30-an dan 40-an mempunyai kewangan yang stabil bersedia untuk melihat kedudukan sebenar bayi mereka semasa di dalam perut dalam bentuk 3D.

Kumi Mendoza seorang wanita yang sudah 7 bulan hamil berasa sangat gembira dapat melihat kandungan anaknya dalam imej 3D menyatakan rasa syukurnya terhadap pengalaman yang diterima dan dia amat berterima kasih terhadap pengenalan baru teknologi canggih ini.

“Hidung dan bibir bayi saya kelihatan begitu nyata dan seolah-olah kelihatan seperti sesuatu yang telah direka cipta oleh tangan manusia. Saya masih terkejut bahawa wujudnya mesin yang boleh menghasilkan sesuatu seperti ini, “kata beliau.
Dengan wujudnya teknologi canggih ini, pemaju berharap pemodelan 3D juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan bayi dan ibu pada masa akan datang. Video ini menunjukkan kuasa teknologi baru yang direka oleh negara Jepun ternyata menghasilkan sesuatu yang sangat luar biasa. Mari kita saksikan.

Back to Top