Jadual Gaji 2016/ 2017 Kakitangan Awam.
Setiap hujung bulan pasti dinantikan oleh hampir semua orang yang bekerja termasuk guru, polis, tentera dan sebagainya. Pada masa dan tarikh itulah mereka akan mendapat gaji bulanan. Selain gaji, bonus juga merupakan perkara yang ditunggu-tunggu. Untuk kemudahan semua penjawat awam, berikut adalah Jadual Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam/ Kerajaan untuk rujukan semua.
Semakan gaji bulanan kakitangan awam boleh dibuat secara online di
e-penyata gaji
- Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam bermula 1 Julai 2016 boleh dirujuk di Rasionalisasi Perkhidmatan Awam 2016
Moga
jadual dan tarikh gaji bulanan 2017 kakitangan awam ini dapat membantu anda dalam merancang percutian atau balik kampung sesuai dengan kalendar cuti sekolah dan umum 2017 Malaysia. Sebelum merancang pastikan juga berapa kelayakan cuti tahunan anda untuk tahun ini dengan merujuk Jadual Cuti Tahunan.
Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam
Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali. Berikut adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2017.
Tarikh Pembayaran Gaji 2017
Berikut adalah maklumat pembayaran gaji beserta bulan, tarikh, hari dan nota. Hampir kebanyakkan hari pembayaran gji adalah pada hari Khamis. Terdapat 3 kali pembayaran gaji diawalkan disebabkan oleh perayaan utama di Malaysia.
- Januari : 19.01.2017 (Khamis) : Tahun Baru Cina (28 dan 29 Januari 2017)
- Februari : 23.02.2017 (Khamis)
- Mac : 23.03.2017 (Khamis)
- April : 25.04.2017 (Selasa)
- Mei : 25.05.2017 (Khamis)
- Jun : 15.06.2017 (Khamis) : Hari Raya Aidilfitri (25 dan 26 Jun 2017)
- Julai : 25.07.2017 (Selasa)
- Ogos : 24.08.2017 (Khamis)
- September : 25.09.2017 (Isnin)
- Oktober : 11.10.2017 (Rabu) : Hari Deepavali (18 Oktober 2017)
- November : 23.11.2017 (Khamis)
- Disember : 21.12.2017 (Khamis)
Jadual Pembayaran Gaji 2016
Sebagai panduan dan rujukan, berikut adalah jadual pembayaran gaji tahun 2016.
- Surat pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) mengenai pembayaran gaji tahun 2017 boleh dimuat turun di GAJI 2017
- Tahun 2016 di ANM
- Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh ANM dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa
- Tarikh pembayaran bantuan khas kakitangan awam 2016 adalah pada 4 Januari 2016
- Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam akan ditukar ke LPPSA bermula 1 Januari 2016
|
Jadual Gaji Kakitangan Awam 2016 |
* Jadual sumber
FB Jabatan Penerangan Malaysia
Jadual Gaji Vs Jadual Pencen 2016
Jika anda seorang pesara, sila rujuk jadual pembayaran pencen 2016 di bawah ini untuk panduan dan perbandingan.
BULAN | TARIKH BAYARAN PENCEN | HARI | TARIKH BAYARAN GAJI | HARI | NOTA |
Januari | 20 Januari 2016 | Rabu | 21 Januari | Khamis |
|
Februari | 19 Februari 2016 | Jumaat | 25 Februari | Khamis | CNY 2016 : 8 & 9 Februari |
Mac | 21 Mac 2016 | Isnin | 24 Mac | Khamis |
|
April | 21 April 2016 | Khamis | 25 April | Isnin |
|
Mei | 20 Mei 2016 | Jumaat | 24 Mei | Selasa | Pesta Keamatan 30 & 31 Mei |
Jun | 21 Jun 2016 | Selasa | 23 Jun | Khamis | Hari Gawai 1 & 2 Jun |
Julai | 21 Julai 2016 | Khamis | 25 Julai | Isnin | Hari Raya Aidilfitri 6 & 7 Julai |
Ogos | 19 Ogos 2016 | Jumaat | 25 Ogos | Khamis |
|
September | 21 September 2016 | Rabu | 22 September | Khamis | Hari Raya Aidiladha 12 September |
Oktober | 19 Oktober 2016 | Rabu | 20 Oktober | Khamis | Deepavali 29 Oktober |
November | 21 November 2016 | Isnin | 24 November | Khamis |
|
Disember | 19 Disember 2016 | Isnin | 20 Disember | Selasa | Krismas 25 Disember |
Semoga Jadual bayaran gaji bulanan bagi tahun 2017
ini pastinya akan memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam
(pekerja sektor awam) merancang perbelanjaan isi rumah serta
perbelanjaan Individu mereka kearah kehidupan yang lebih berhemah.