-->

Type something and hit enter

Translate


On

5 Tips Cara Menghafal Dengan Berkesan

Cikgu Azli akan kongsikan 5 tips dan cara bagaimana untuk menghafal sesuatu dengan lebih berkesan. Salah satu kaedah belajar adalah dengan menghafal. Ini sememangnya sudah diamalkan sejak dahulu lagi. Cuba perhatikan dan lihat 5 Tips Cara Menghafal Dengan Berkesan ini.

Sebagai contoh menghafal formula Matematik, menghafal perkataan yang menarik dan menghafal fakta-fakta sejarah. Itu adalah contoh subjek di sekolah. Kalau di peringkat lebih tinggi, contohnya subjek management, marketing ataupun subjek logistics and material management .

Teknik ini adalah salah satu cara paling baik untuk mengingati sesuatu. Namun, kebanyakkannya sekadar menghafal tanpa memahami walau satu perkataan sekalipun. Hafal buta orang kata.

Inilah antara sebab dan punca kita akan menggelabah serta tidak tenteram semasa menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan. Oleh sebab itu, persediaan sangatlah penting.

Apakah Tips Cara Menghafal Dengan Berkesan ?

1. Hafal dan faham

Pemahaman sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses belajar. Tiada gunanya menghafal walau seribu formula jika satu pun tidak faham. Kesan buruknya tidak tahu formula mana perlu digunakan untuk sesuatu masalah. Asas pemahaman boleh dibentuk dalam kelas bersama guru dan juga rakan-rakan yang lebih pintar.

2. Menghafal dan melakukan apa yang dihafal

Dalam erti kata yang lain melakukan ulangkaji. Contoh paling mudah adalah formula Matematik. Umum mengetahui formula Matematik memang susah diingati tetapi apabila menghafal dan kerap melakukan latih tubi, pasti dengan mudah dapat menguasai formula tersebut.

3. Hafal dan tulis

Untuk mengingati semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua perkara memang tidak mustahil. Jadi, tulis setiap formula dan setiap fakta pada buku. Kemudian baca dan baca setiap masa. Buat nota ringkas dan buat point-point yang penting sahaja. Point utama harus kita ingat. Nota seeloknya cantik dan berwarna-warni, otak kita sukakan warna.

4. Menghafal dalam keadaan tenang

Maksudnya dalam minda yang segar tanpa keletihan atau tekanan. Contohnya, selepas bangun tidur waktu pagi, ketika sedang berehat di ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di bawah pokok. Menghafal dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman sesuatu perkara.

5. Menghafal dan suka perkara yang dihafal

Tak kenal maka tak cinta. Sama juga halnya dengan menghafal. Perlu ada minat dan sifat suka pada perkara yang dihafal barulah tidak cepat berasa bosan. Apabila minat datang, maka lebih mudah perkara yang dihafal diserap ke minda. Sebagai contoh cuba tanamkan dalam hati Matematik itu mudah.

Ok, semoga dapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini. Cuba amalkan 5 Tips Cara Menghafal Dengan Berkesan ini.
Back to Top